Sesungguhnya Allah itu segala-galanya buat kita umat Islam...
Pohonlah kepada-Nya jika kita mempunyai masalah...
InsyaAllah akan dimakbulkan jika kita benar-benar ikhlas dalam berdoa memohon kepada-Nya..

Blog ini saya buat sekadar berkongsi perasaan dan masalah yang saya hadapi...


Sunday 5 July 2015

pahit manis di semuji agro resort, kuantan

assalammualaikum...
sudah lama tidak menjejak kaki disini...
sudah lama tidak menulis blog...
hari ini terasa ingin menulis blog mengenai program yang dilaksanakan baru-baru ini...

tanggal 18 disember 2014 sehingga 20 disember 2014 adalah suatu tarikh yang banyak mengajarku...
sepanjang 3 hari itu, banyak kenangan manis dan pahit berlaku...
Iz akan ceritakan setiap satu per satu ye...

18 Disember 2014

pada asalnya Iz kena naik van sebab nak teman kawan Iz yang akan pergi lewat sikit...tapi last-last minit kena tukar pula naik bas..nasib baik sempat untuk mengemas barang-barang...tapi sebenarnya naik bas lagi best daripada naik van...hehehehe...

kami bertolak dari UniSZA lebih kurang pukul 3.00 petang...bas lambat sampai katanya dari Merang...kalau tahu tak da lah kalut-kalut kemas barang...

berdebar juga sebab ini first time handle program...
nasib ada sorang akak tu yang banyak bantu Iz....

sepanjang perjalanan, alhamdulillah tidak berlaku apa-apa masalah walaupun pada waktu itu hujan turun...
driver bas putar pula lagu-lagu jiwang...
memang terbaik lah....

asalnya Iz nak tidur tetapi tak boleh nak tidur...
akak tu ajak Iz pergi duduk depan dengan driver bas...
rancak juga la berbual tapi pada masa yang sama juga takut juga sebab driver tu bawa laju sangat...

dalam pukul 6 lebih, kami berhenti untuk menunaikan solat asar...
dekat mana tu Iz tak tahu...heehheehee...maaf..
tapi yang pasti tak lah jauh sangat dari Gambang....

kami selamat tiba di Semuji Agro Resort pada pukul 7.00 lebih...
time tu hujan...
Iz dan akak tu pergi selesaikan tempat penginapan sebelum bagi peserta-peserta yang lain turun...

selepas selesai semuanya, kami beri masa kepada peserta untuk mengambil barang dan meletakkan barang di dalam bilik masing-masing sebelum makan...

program bermula jam 8.30 malam...
slot itu Iz dan akak tu yang handle...
dalam pukul 9.00 malam, penceramah pun tiba di tempat program...
apa yang Iz terkilan, budak-budak lelaki ni boleh datang lewat setengah jam pula tu...baik ajk mahupun peserta..
slot itu berakhir lebih kurang pukul 11.00 malam..dan disudahi dengan makan malam yang telah disediakan...

19 Disember 2014

pukul 7.00 pagi kami diminta untuk bersarapan...boleh tahan juga sarapannya..ada nasi lemak, bihun goreng, sambal ikan bilis, telur rebus, keropok, sosej dan timun...
pagi-pagi dah berat...huhuhuhu...
Iz makan bersama penceramah dan isterinya bersama akak tu...

dalam pukul 9.00 pagi, program bermula...
seingat Iz time tu budak lelaki datang lewat dalam dewan itu...
malu lah juga dengan penceramah itu...

setibanya malam, Iz dan akak tu memastikan peserta masuk dewan tepat pada masa...
tapi apa yang berlaku, ada la 2 3 orang yang tak masuk lagi sebab jumpa kawan yang datang ke situ...
mula-mula sikit, tak pe la kami lepaskan...
tapi makin lama makin ramai..
terutamanya budak lelaki...
nak naik angin juga la masa tu tapi diamkan je sebab nak jaga hati kawan..

sebelum melelapkan mata, tetiba mengalir airmata membasahi pipi...
siapa tak sakit hati apabila arahan yang kita berikan langsung tak dihiraukan...
tak ada pun yang tahu Iz nangis malam tu...
sudahnya Iz tertidur begitu sahaja...

20 Disember 2014

hari ini merupakan hari terakhir kami berada di semuji..
pagi-pagi lagi sudah membuatkan airmata ini mengalir..
mana tidaknya, peserta perempuan bangun lambat, peserta lelaki apatah lagi...bangun pun belum..sampai terpaksa pergi kejut...

apa yang lebih memalukan apabila penceramah dan isterinya lalu dihadapan bilik peserta lelaki dan ternampak kami sedang mengejutkan peserta lelaki...

akak tu suruh Iz pergi layan penceramah dan isterinya sambil-sambil tengok peserta perempuan semua dah sarapan ke belum...
ada juga yang tidak mahu sarapan setelah dipujuk beberapa kali...
disitu pun iz dah terasa...bukan nak paksa cuma takut nanti perut masuk angin...

setelah selesai penceramah dan isteri makan, barulah Iz dan akak tu boleh makan..tapi cuma Iz seorang sahaja yang makan..itu pun sekadar alas perut...

pagi tu kami dah mengalirkan airmata..
sebabnya terasa dengan apa yang mereka lakukan...
hanya kami berdua sahaja yang tahu...

selepas itu kami pergi ke dalam dewan untuk majlis penutup...
time tu la waktu yang paling sedih...
tak tahu kenapa...
semasa kami menjemput seorang abang itu untuk memberi ucapan penutup, apa yang paling Iz terasa apabila dia tak mention langsung nama Iz sebagai pengarah program...Iz tak minta dia sebut tapi sekurang-kurangnya hargailah...

majlis itu tamat dalam tengah hari...
peserta semua diberi masa untuk makan dan kemas barang..
kami berdua hanya mampu menangis dan menyusun kembali meja-meja yang berselerak..tak siapa pun tahu kami berada di dalam bilik itu..
kami berulang-alik angkat barang ke tempat asrama...

setelah itu, kami pun pergi ke dewan makan untuk menjamu selera..
apa yang paling terharu sekali isteri penceramah itu yang menegur kami dan bertanya kami dah makan ke belum...
mereka telah selesai makan dan ingin pulang...
sebelum tu, kami sempat berpeluk dengan isteri penceramah itu...
mengalir sekali lagi airmata...
cuma dia yang memahami apa yang kami rasakan...

ni Iz sertakan sedikit gambar di semuji..








Ramadhan tahun 2015

assalammualaikum...

sudah lama Iz tidak menulis dalam blog ini...
hari ini sudah masuk hari ke 18 ramadhan...
begitu cepat masa berlalu...
terasa baru saja berpuasa..

tahun ini sekali lagi Iz dapat menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga kerana cuti semester...
alhamdulillah...

apa yang bezanya, kalau tahun lepas, Iz kerja..
tahun ni tak kerja..
kerja pun sekejap je..
ganti cikgu tadika bawa budak pergi latih sukan...
alhamdulillah..
masih diberi kesempatan untuk menimba ilmu dan juga pengalaman menjadi seorang guru tadika...

selain itu, Iz juga belajar memasak daripada mak...
alhamdulillah, banyak juga yang Iz dah boleh buat sendiri...
harap-harap dapat belajar lagi lepas ini...