Sesungguhnya Allah itu segala-galanya buat kita umat Islam...
Pohonlah kepada-Nya jika kita mempunyai masalah...
InsyaAllah akan dimakbulkan jika kita benar-benar ikhlas dalam berdoa memohon kepada-Nya..

Blog ini saya buat sekadar berkongsi perasaan dan masalah yang saya hadapi...


Tuesday 5 November 2013

tudung Airis + perfume Al-Habib

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Iz dengan kawan-kawan Iz ada menjual tudung jenama Airis dan perfume jenama al-habib...

tudung jenama Airis ni lebih berkualiti dan juga mudah dibentuk...
ada pelbagai warna..

harga tudung : RM 8/sehelai
harga perfume : RM 5/sebotol

ni nama page kitaorang dekat facebook:
colourful scarf collection

ni web page kita orang:


boleh pm di facebook atau call/sms di nombor ni..
0134761003/0174834043 - izzati..

ni gambar tudung dan juga perfume...



























Tuesday 10 September 2013

pandai-pandai je buat andaian

hah, sape ye yang berkaitan dengan tajuk di atas?

cerita nya begini...

pada suatu malam, ceh macam nak buat karangan pula...

hari tu Iz ada text member Iz tanya dia pasal status yang dia update kat wall facebook..

lepas tu tanya la pasal belajar..
dia tanya Iz sape lagi yang belajar kat terengganu?

ada la member-member Iz..
ada yang satu unisza tapi kampus lain and ada juga yang umt..

semuanya lain..
xpe la nak belajar kan..
tapi yang pasti Allah selalu ada dengan kita kan...

Iz ada ajak dia jalan-jalan kat terengganu ni..
katanya inshaAllah kalau da rezeki..

Iz pun kata la dekat dia,
nanti Iz ajak senior(lelaki) tu ye..

bila dia tahu je laki terus cakap jaga-jaga..
katanya kesian kat bf Iz..

dia ingat Iz suka dekat senior tu la tu...
huhuhuhu..

tak ada la..
setakat hubungan senior and junior...
kita orang jumpa pun kat matrik..
kat unisza ni blm lagi...
huhuhu...

sempat lagi member Iz kata
tapi kalau dah berkenan tu nak buat macam mana kan..

Iz baca mesej tu tetiba Iz rasa macam lawak je...
huhuhu...

awak2..
jangan la sesuka buat andaian ye..

pendaftran di unisza

assalammualaikum...

dh hampir 2 minggu Iz menapak kaki di negeri orang..
tapi serius Iz tak rasa macam Iz berada di Terengganu...
mungkin sebab tak keluar lagi kot dari unisza ni...

erm..
minggu ni sudah mula kelas bagi pelajar-pelajar baru..
hopefully dapat mengikuti cara pembelajaran di universiti...
mungkin agak sukar kerana nak biasa kan diri belajar bahasa inggeris kan...

xpe la..
pasal study nanti2 Iz cerita yea..

Iz nak cerita pasal hari pendaftaran di unisza..

Iz sampai terengganu dalam pukul 2 lebih pada hari ahad..
tidur di homestay...

esok tu baru bertolak ke gong badak iaitu ke unisza untuk pendaftaran masuk bagi ijazah..

mula-mula tu memang nervous juga la...
sorang-sorang pula tu...
tapi time tunggu giliran tu Iz da jumpa member Iz dua orang..
duduk dengan diorang la...

agak lama juga la menunggu giliran..
sebab terlalu ramai sangat...

tapi alhamdulillah semuanya dah selesai..

masa Iz nak pergi dekat mak Iz macam-macam benda jatuh...
ic la, kad pelajar la..nasib baik kad pelajar tu ada fasi yang perasan.. kalau tidak erm...xthu la..

Iz dapat bilik dekat blok lama..iaitu blok safiah...
roommate Iz orang perak..batu gajah...
course pun tak sama dengan Iz..
Iz akaun, dia syariah...
agak susah sikit la nak study t kan..
tapi xpe..
dia ok je...

hari tu ayah dia ada cakap dia nak apply pergi mesir..
tapi tak tahu la..
ayah dia cakap ikut dia la macam mana...

tapi kan mesir sekarang ni masih tak selamat..
berdasarkan apa yang Iz tahu la sebelum masuk unisza la...

kalau seandainya dia jadi pergi ke mesir,
sorang2 la Iz duduk dalam bilik ni.. :-(

Tuesday 27 August 2013

Memori Tercipta

Iz suka lagu ni...

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan..
huhuhu...

Friday 23 August 2013

dah sedia nak masuk u ke???

assalammualaikum dan salam 1malaysia...

ermm...
pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang seminggu je lagi Iz akan berada di rumah...
lepas tu Iz akan berangkat ke terengganu pula nak futher study..

tapi bersedia kah Iz?
barang-barang pun Iz tak packing lagi...
tapi Iz dah beli sikit bekalan nak bawa ke sana nanti...

kat sana nanti mungkin Iz sorang-sorang saja...
member Iz dapat dekat besut..
tak sama juga dengan dia..
Iz tak tahu la boleh jumpa ke tak member-member yang Iz kenal dekat lam Facebook ni..
sebab ada senior tu cakap student degree and diploma akan orientasi sekali..
tak ke ramai kalau digabungkan sekali..
hmmmm...
nak jadi macam matrik dulu pa...
memang tak dapat nak cari la...
tp InshaAllah kalau ada rezeki mungkin Iz akan jumpa mereka..

borang-borang dan dokumen-dokumen yang dah cop Iz tak tengok lagi..
rasa macam tak sabar nak pergi dan ada juga rasa macam berat je nak pergi..

tapi nak mencari ilmu ni mesti lah kena da pengorbanan kan..
tak kan asyik nak dok kat rumah je...

Islam pun suruh kita menuntut ilmu..
tak rugi kan kalau kita menuntut ilmu..
asalkan ilmu tu memberi manfaat kepada kita...

sampai sini dulu Iz cerita mengenai persediaan yang tak bersedia lagi ni...
sambung nanti yea...

Saturday 17 August 2013

beraya ke rumah cikgu

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

hari ni Iz dan kawan-kawan pergi beraya ke rumah cikgu..
semua ni plan kawan Iz, Zuhdi..
dia suruh Iz ajak kawan-kawan yang free pergi rumah cikgu..

tapi alhamdulillah walaupun tak ramai plan tu menjadi juga..

biasa la manusia kan..
kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya..

asalnya kami nak pergi rumah teacher nani..
kami 'janji' dalam pukul 10 pagi macam tu la..
tapi besa la kan janji melayu..
kami sampai dalam pukul 11 lebih..

sampai je rumah teacher nani, tetiba tak da orang tapi pintu pagar terbuka..
maybe teacher keluar kejap kot..
tunggu punya tunggu, teacher tak balik juga..
Iz dengan Zuhdi call teacher pun teacher tak angkat fone..

then lepas tu, Zuhdi ajak pergi rumah teacher dayang dekat teluk wang..

hmm xpa la..

cumanya yang membuatkan Iz,Anis,Afiqah,Atila,Sha dan Dayah geram sangat dengan Zuhdi ni sebab kena tunggu dia lama..

tunggu punya tunggu akhirnya sampai juga dia..
tapi apa yang membuatkan kami bertambah geram Zuhdi dan Faiz tukar kenderaan..
bukan nya nak bagitahu..
Anis cakap depa ni lama mesti berhenti kat mana-mana sebab hujan..

erm xpala..kami teruskan perjalanan ke rumah teacher dayang...
ni pun 1 hal juga..
rumah pun tak tahu kat mana..
dok pusing-pusing kot teluk wang tu...
Anis pun macam nak marah dah..

Iz sebenarnya tak sampai hati nak geram kat Zuhdi tapi tu tak bermakna Iz nak bela dia..

yela macam Iz kata tadi la kita hanya mampu merancang tapi Allah menentukan segalanya..

alhamdulillah samapi juga kami kat rumah teacher dayang...

dok sembang-sembang sampai tak ingat time..
kalau kami tak ajak Zuhdi,Din dan Faiz balik memang tak la...

around 1 lebih macam tu la kami bertoalk ke rumah teacher nani balik..

before that, Zuhdi suruh Iz tanya teacher Bibah mana la nak tahu kan dia ada kat rumah..

tapi Iz tak dak no fone..

last sekali Zuhdi suruh pergi rumah teacher nani terus..

Iz,Anis dan Fiqah sampai dulu lepas tu diikuti Atila,Sha dan Dayah.. geng laki sampai last sekali..

terkejut Iz bila teacher nani dukung baby(Uwais)..
badan dia dah tembam..
Iz suka dukung baby yang badan macam tu...

teacher nani masak mihun laksa..
teacher!!!sedap la...

tapi apa berlaku dekat rumah teacher tadi memang perghh..
anak teacher nani,Bai menangis dengan suara yang amat nyaring..
sakit telinga dengar...

nasib la baby yang Iz dukung tu tak nangis..
kalau tak tahu la...

masa on the way nak balik, kami sempat berjumpa dengan cikgu lina..
rindu kat cikgu lin..
lama tak jumpa..

cikgu ajak masuk rumah, tapi kami segan sebab tinggal kami 3 orang ja..

tak pa la cikgu len kali yea..

lepas tu kami 3 orang pergi tesco kejap..
anis nak beli present untuk kak dia and fiqah nak tukar kasut..

penat juga la jalan hari ni..
apatah lagi orang yang memandu kereta..

ok la sampai sini dulu Iz cerita..
bubye.. 

Thursday 15 August 2013

gembira

Assalammualaikum..

selamat hari raya semua..
dah hari raya ke-7 bwu Iz nak wish kat blog Iz ni..huhuhu..

Semalam hari raya ke-6, Iz nak jumpa member Iz, si S ni..
dah alang-alang tu Iz suruh la dia ajak si A ni mai rumah Iz..
jumpa kat sini la...

Iz tak letak harapan yang tinggi untuk jumpa sahabat Iz tu..
apa yang Iz harapkan moga-moga jadi bertemu dengan mereka..

and alhamdulillah Allah masih lagi beri kesempatan kepada Iz untuk bertemu dengan mereka..

actually Iz tunggu dari pagi lagi..
mana la nak tahu si S ni nak mai awal..
sampai la dalam pukul berapa entah si A balas message Iz..

si A : kul bapa?(nak mai umah Iz)
Iz   : erm...tanya la si S..
si A : bagi tahu la kul bapa senang sikit..
Iz   : jap Iz tanya si S..

then, Iz pun tanya la si S nak mai kul brp?
dia cakap around 3.30 or 4...
Iz pun bagi tahu si A and dia cakap dia ingt nak mai kul 3...
Iz pun fikir kalau si A mai sorg2 nanti segan pula..

Iz pun pujuk la si S suruh mai kul 3..
nasib baik si S nak juga..
even lewat sikit..

tapi alhamdulillah diorang sampai juga rumah Iz...
Iz happy sangat2..

tapi Iz juga rasa sedikit kecewa sebab diorang tak makan kuih..
tapi xpe la Iz paham..
diorang pun tak larat nak makan kuih..
tapi nasib baik diorang minum air...

maaf yea law air oren tu xsedap..
huhuhuhu...

terima kasih korang sebab sudi datang rumah Iz..
Iz sayang sangat kat korang..
ada masa nanti kita jumpa yea...


Thursday 1 August 2013

macam-macam jadi hari ni

Assalammualaikum...

macam-macam jadi hari ni...
pagi tadi Iz teman member Iz g sekolah nak g buat pengesahan..
Iz pun join sekali g cop untuk borang kesihatan...

masa duk tengah tolong cikgu cop, penolong kanan pentadiran masuk bilik GKM tu...
yang boleh sembang tu sebab dia kenal member Iz ni...

dia tanya dapat mana?
kami bagi tahu dapat unisza...
dia kata awat dapat u tu?
macam tak padan dengan result...

Iz dengar pun macam terkejut...
oleh sebab member Iz minat dalam medic, cikgu tu pun nak tolong dia sampai call pihak MSU nak tanya pasal ni...

ada juga dia tanya Iz nak buat rayuan ke untuk masuk UUM?
Iz tak kata apa...
cikgu tu try call tanya pasal ni..
orang tu kata tak pa la masuk je unisza cuma kalau boleh apply biasiswa...
Iz just kata ok..
lagipun Iz memang tengah tunggu biasiswa jpa kuar...
hopefully dapat la..

sebelum tu ada ustaz ni masuk bilik GKM juga...
dok sembang2 lepas tu bila ustaz tu nak kuar sempat juga dia bagi duit raya w/p seringgit...huhuhuuhu..terimaa kasih ustaz...

ok habis cita bab tu..

next story..

petang tadi Iz dikejutkan dengan berita kemalangan bapa saudara Iz..

dia accident dekat jalan nak menuju ke rumah Iz..
sepupu bagitahu..
abah Iz and sepupu Iz pergi tengok apa yang terjadi..

lama juga la..
abah Iz cakap accident tu 4 buah keta..
salah siapa tu Iz tak boleh nak bagitahu...
Iz pun tak tahu la ada orang yang cedera atau tak...

cuma Iz harap mereka dapat selesaikan dengan baik...

Wednesday 31 July 2013

perkahwinan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...

erm..
sekejapnya masa yang berlalu...
tup2 dah nak hbis puasa..
mesti korang semua dah sibuk beli barang untuk persiapan raya kan...
huhuhu...

hari ni Iz nak cita pasal kahwin2 ni...

ramai orang yang sebaya dengan Iz yang dah kahwin...
baik member Iz mahupun orang ramai...
tapi Iz bila lagi kan ( hahahahaa.. gatalnya)

bulan 5 dulu berlangsungnya perkahwinan sepupu Iz..
Alhamdulillah berjalan dengan lancar di kedua-dua majlis baik perempuan mahupun lelaki...
hape diorang berbahagia hingga ke hujung nyawa...

terbaru insyaallah akan berlangsung perkahwinan sepupu Iz juga..
hujung tahun ni...
tapi Iz tak tahu la Iz boleh hadir atau tak...
hari sabtu pula...
kalau ikutkan universiti yang Iz pilih tu cuti jumaat dan sabtu...
tak pasti la boleh balik ke tak...
majlis tu sepupu yang Iz paling rapat juga la...

nak juga la tengok macam mana majlis tu berlangsung...
nak balik pun jauh tu...
huhuhu...
cuma Iz harap Iz dapat hadir...

member Iz pun nak kahwin juga...
tapi Iz tak tahu la pula bila...

member Iz yang dah kahwin dah hamil...
tunggu masa nak dapat baby je...

Iz???
erm...
Iz tak nafikan yang Iz dah dimiliki seseorang..
tapi Iz tak nak orang lain tahu lagi...
kami ada juga rancang bila Iz dah habis belajar baru nak bertunang....
tapi bila Iz fikirkan balik, Iz rasa Iz nak keja dulu lepas tu baru fikir pasal kahwin ni...

bukan apa sekarang kan ekonomi tak stabil...
so untuk mengelakkan kesempitan hidup lebih Iz cari kerja dulu..
lepas tu baru fikir pasal kahwin...
lepas tu kalau dah tak nak tunang pun tak pa...
kahwin ja terus...
hahahahaha... berangan je lebih Iz ni kan...

pape pun kepada yang sudah mendirikan rumah tangga Iz ucapkan semoga berbahagia selalu..

peace no war  :-)

Monday 29 July 2013

si kecil

selamat pagi semua...

tinggal lagi 10 hari ramadhan akan menghilang...
muncul pula hari raya kan..
sekejap je masa berlalu...
then, Iz kena prepare untuk masuk universiti pula..

apa yang Iz nak coretkan hari ni pasal si kecil yang memberikan cabaran kepada Iz...

setiap kali mengasuh dia, Iz memang kena banyak sabar...
huhuhu... (tapi kadang-kadang tu meletup juga la... :-))

hari-hari dia suka buat perangai...
penat juga la nak melayan dia..
tu belum lagi bila di gaduh dengan adik Iz...
huhuhu...
besa la budak2 kan...

tapi kadang2 tu Iz yang suka kacau dia...
kalau dia tak datang pun rasa macam rindu pula..huhuhu...
maklumlah dah lama kan jaga.......

katanya dia ni berbeza dari ababg and kakak dia...
orang kata yang macam hyperactive gitu...
heheheehe...

ni la dugaan yang paling Iz kena banyak bersabar dalam bulan puasa ni...

:-)

Sunday 28 July 2013

ke sekolah

good morning guys..

pagi ni Iz dengan kawan Iz nak pergi sekolah..
nak buat pengesahan surat tawaran and macam2 lagi la...
kami pergi tak lama pun..kejap je.. kawan Iz da hal..

tak pa la.. 
nak buat pengesahan ja kan..

sampai ja kat pejabat sekolah, kerani tanya mai nak buat apa?
kami kata nak cop..
dia tanya ada bawak tak sijil asal?
Iz kata tak bawak..
lagipun selama ni mana Iz bawak pun yang asal boleh ja pun..
undang-undang baru ke?hhuhuhuhu..
tapi nasib boleh juga...

Iz and kawan Iz pergi ke bilik GKM...
banyak yang dah berubah..
cikgu Faridah dah dok dalam bilik tu..
tapi tak taw la jawatan apa..huhuhuhu..

tadi dalam bilik tu cuma ada teacher bibah and cikgu faridah..
masuk-masuk je terus tanya dapat mana..
huhuhu..
tapi pasal ni yang Iz rasa bersalah..
teacher tanya Iz, xxxx dapat mna?
Iz rasa bersalah nak jawab..
Iz terpaksa la bagi thu yang xxxx xdpt mna2...
takkan Iz tak bagi tahu pula..

Iz minta maaf xxxx..
Iz takut xxxx marahkan Iz...
tapi Iz dah text bgtau...

maafkan Iz.. and thanks kawan teman Iz tadi...

Iz, Si A dan Si S

Assalamualaikum semua...

petang semalam time Iz nonton tv sambil lipat baju, sahabat( si s) Iz text Iz...
tanya pasal blog yang Iz buat ni... katanya tak boleh buka..
huhuhu...Iz pun suruh la dia try len tgk2 boleh pulak..
bila dah jumpa dia tanya Iz,lebih kurang mcm ni la:

si s : Iz 2 iti ke?
Iz   : eyea..kan izzati so ambik Iz je la..huhuhu
si s : macam panggilan si A panggil si s..
Iz   : huhuhuhu..besala. saja buh Iz sebab xdak sapa g yang 
       panggil nama 2...
si s : nak kami panggil ke?
Iz   : boleh aja...

begitu la lbh kurang..saja nak cita..huhuhuhu


bukan pasal ni Iz nak cita...

hmmm...
benarkah Iz nak bawa diri?
benarkah Iz nak jauhkan diri dari sahabat Iz yang sorang lagi 2? (Iz gelar dya sebagai si A...)

actually Iz bukan nak lari pun dari si A.. cuma entahlah.. Iz pun tak tahu kenapa Iz nak buat macam ni...

mungkin nak cari ketenangan kot?(btl ka?)

si S, Iz tak dak niat pun nak buat dia macam 2... ayat nak buang dia sememangnya tak betul... Iz mungkin tak buat dia macam 2... tapi si A mungkin la...

maaf bukan Iz nak memburukkan si A..
Iz tak tahu la..
untuk pengetahuan si S, Iz pernah text dia lm 15/7 macam 2 la...
tapi apa yang Iz dapat hanyalah penantian yang sia-sia..
si A tak balas mesej Iz...
mungkin dia bz...
xpe la... Iz paham...
sebab tu Iz dah tak text dia dah sekarang ni...
Iz minta maaf...
bukan Iz nak buat Si S sedih bila fikirkan keadaan kami berdua...
untuk pengetahuan si s juga, kami berdua tak gaduh pun...
cuma Iz kalau boleh nak lari sekejap daripada dia...

kalau dia masih ingat Iz, insyaallah dia akan text Iz...
insyaallah Iz akan mesej dia bila perlu saja..
sebab si s pun dah bagitaw ta si A tu bz...
xpa la..dah mula study kan...

Iz happy bila dengar si s bagi thu yg Si A nak datang rumah Si S raya ni..
tapi tak dak rezeki pula.. Si S tak raya kat kedah...
Iz pun sedih juga.. Tak dapat nak jumpa Si S.. Iz nak bagi something...
tapi Si S kata nak try balik kedah juga..sebab nak jumpa member yang lain juga...

erm.. xpe la.. kalau ada rezeki kita jumpa, jumpa lah kita...
btl kn..

ok la setakat ni dulu Iz coretkan.. 
maaf kalau korang semua boring dgn blog Iz ni sbb asyik cita sal ni ja kan..
huhuhu

ok.. bubye...

Saturday 27 July 2013

Buka Akaun Bank Islam

Assalammualaikum...

Iz nak kongsi sedikit pasal buka akaun bank islam ni..
bagi student yang nak sambung belajar, and kena buka akaun bank islam, anda hendaklah menyediakan : 

i)  wang yang secukupnya (hahahaha), 

ii) ic tapi kalau ic anda tak boleh baca sediakan lesen yea... mudah sikit nanti orang bank tu nak buat keja..

iii) jangan lupa juga surat tawaran yea...bukan apa kadang-kadang diorang minta..

sebelum korang nak buka tu korang kena pergi dulu kat guard..bagitaw je ta nak buka akaun..nanti dia akan bagi satu borang yang korang kena isi..

bila dah isi korang pergi dekat guard tu balik nanti dia akan bagitaw kat kaunter mna yang khas untuk buka akaun..

tapi kemarin kakitangan bank islam yang ambil alih tugas ni handsome orangnya...hahahaha..(nampak x kegedikan disitu)..

sambung balik.. nanti korang just tinggalkan borang,ic atau lesen dan surat tawaran...

korang kena tunggu sehingga diorang panggil nama korang..

nasihat Iz lebih baik korang pergi awal.. sebab Iz sampai kena mai balik bank islam 2..pagi around pukul 11 macam tu la Iz kuar umah and sampai sana dalam kul 11 lebih..tapi Iz terpaksa balik umah and kena mai semula kul 2.30 ptg..memang ramai yang buka akaun time 2..mungkin cuti kot...tu pun nasib baik Iz sempat buat..sebab around kul 4 ka 3 lbh dah tak boleh nak buka..kena tunggu hari isnin pula...

Iz rasa yang tu saja kot yang boleh Iz kongsikan...
harap berguna yea...

Thursday 25 July 2013

rindukah????

hello guys,

semalam Iz termimpi seorang sahabat Iz...
Iz tak tahu apa maksud mimpi tu..
Iz rindukan dia ke? atau ada something berlaku dekat dia?
hope takde pape yang berlaku la...
mungkin hanya mainan tidur...

tapi mimpi tu begitu indah sebenarnya...
mimpi tu sangat mengembirakan hati Iz tapi ada kalanya juga Iz rasa sedih...
Iz dengan dia dah tak rapat...
Iz tak tahu kenapa dia begitu berubah akhir-akhir ni...

kalau betul Iz ni cuma membuatkan dia rimas tolong terus terang dengan Iz...
Iz sayang sangat dekat dia...
walaupun cuma sahabat...

tak patut kan seorang perempuan begitu sayang dekat orang yang bukan muhrimnya...
laki pulak kan...

tapi Iz tak boleh nak tipu perasaan Iz...
setiap hari Iz teringatkan dia...
Iz ada text dia hari tu...
tapi hampa..
mesej Iz tak berbalas...

mugkin dia nak rehat...
Iz pun tak tahu keedaan dia...
dah baik ke dia?

kadang-kadang Iz rasa macam Iz saja yang anggap dia sahabat Iz...
dia????
entah la...

Iz tak kisah kalau dia nak kawan dengan sapa pun...
Iz tak kisah kalau dia nak jalinkan semula hubungan dengan someone tu balik...
cuma Iz harap dia xkan lupa beritahu Iz semua tu...

Iz pun rasa macam nak jauhkan diri dari dia...
sebab tu masa Iz check result USM tengok2 Iz xdapat Iz rasa macam 'happy' sebab boleh dok jauh dari dia...

kalau nak cakap pasal hati, hati Iz memang sangat terluka...
memang dia bukan sapa2 untuk Iz...
Kami dah berkawan rapat sejak dari form 5...
tapi semakin lama semakin kami jauh...
bukannya dekat...
Iz faham..
mungkin sebab faktor tempat pengajian masing2...

tak pa la...
Iz cuma mampu berdoa untuk dia..
Iz cuma mampu mengingatinya dalam diam...
biarlah dia tak tahu...