Sesungguhnya Allah itu segala-galanya buat kita umat Islam...
Pohonlah kepada-Nya jika kita mempunyai masalah...
InsyaAllah akan dimakbulkan jika kita benar-benar ikhlas dalam berdoa memohon kepada-Nya..

Blog ini saya buat sekadar berkongsi perasaan dan masalah yang saya hadapi...


Sunday 5 July 2015

pahit manis di semuji agro resort, kuantan

assalammualaikum...
sudah lama tidak menjejak kaki disini...
sudah lama tidak menulis blog...
hari ini terasa ingin menulis blog mengenai program yang dilaksanakan baru-baru ini...

tanggal 18 disember 2014 sehingga 20 disember 2014 adalah suatu tarikh yang banyak mengajarku...
sepanjang 3 hari itu, banyak kenangan manis dan pahit berlaku...
Iz akan ceritakan setiap satu per satu ye...

18 Disember 2014

pada asalnya Iz kena naik van sebab nak teman kawan Iz yang akan pergi lewat sikit...tapi last-last minit kena tukar pula naik bas..nasib baik sempat untuk mengemas barang-barang...tapi sebenarnya naik bas lagi best daripada naik van...hehehehe...

kami bertolak dari UniSZA lebih kurang pukul 3.00 petang...bas lambat sampai katanya dari Merang...kalau tahu tak da lah kalut-kalut kemas barang...

berdebar juga sebab ini first time handle program...
nasib ada sorang akak tu yang banyak bantu Iz....

sepanjang perjalanan, alhamdulillah tidak berlaku apa-apa masalah walaupun pada waktu itu hujan turun...
driver bas putar pula lagu-lagu jiwang...
memang terbaik lah....

asalnya Iz nak tidur tetapi tak boleh nak tidur...
akak tu ajak Iz pergi duduk depan dengan driver bas...
rancak juga la berbual tapi pada masa yang sama juga takut juga sebab driver tu bawa laju sangat...

dalam pukul 6 lebih, kami berhenti untuk menunaikan solat asar...
dekat mana tu Iz tak tahu...heehheehee...maaf..
tapi yang pasti tak lah jauh sangat dari Gambang....

kami selamat tiba di Semuji Agro Resort pada pukul 7.00 lebih...
time tu hujan...
Iz dan akak tu pergi selesaikan tempat penginapan sebelum bagi peserta-peserta yang lain turun...

selepas selesai semuanya, kami beri masa kepada peserta untuk mengambil barang dan meletakkan barang di dalam bilik masing-masing sebelum makan...

program bermula jam 8.30 malam...
slot itu Iz dan akak tu yang handle...
dalam pukul 9.00 malam, penceramah pun tiba di tempat program...
apa yang Iz terkilan, budak-budak lelaki ni boleh datang lewat setengah jam pula tu...baik ajk mahupun peserta..
slot itu berakhir lebih kurang pukul 11.00 malam..dan disudahi dengan makan malam yang telah disediakan...

19 Disember 2014

pukul 7.00 pagi kami diminta untuk bersarapan...boleh tahan juga sarapannya..ada nasi lemak, bihun goreng, sambal ikan bilis, telur rebus, keropok, sosej dan timun...
pagi-pagi dah berat...huhuhuhu...
Iz makan bersama penceramah dan isterinya bersama akak tu...

dalam pukul 9.00 pagi, program bermula...
seingat Iz time tu budak lelaki datang lewat dalam dewan itu...
malu lah juga dengan penceramah itu...

setibanya malam, Iz dan akak tu memastikan peserta masuk dewan tepat pada masa...
tapi apa yang berlaku, ada la 2 3 orang yang tak masuk lagi sebab jumpa kawan yang datang ke situ...
mula-mula sikit, tak pe la kami lepaskan...
tapi makin lama makin ramai..
terutamanya budak lelaki...
nak naik angin juga la masa tu tapi diamkan je sebab nak jaga hati kawan..

sebelum melelapkan mata, tetiba mengalir airmata membasahi pipi...
siapa tak sakit hati apabila arahan yang kita berikan langsung tak dihiraukan...
tak ada pun yang tahu Iz nangis malam tu...
sudahnya Iz tertidur begitu sahaja...

20 Disember 2014

hari ini merupakan hari terakhir kami berada di semuji..
pagi-pagi lagi sudah membuatkan airmata ini mengalir..
mana tidaknya, peserta perempuan bangun lambat, peserta lelaki apatah lagi...bangun pun belum..sampai terpaksa pergi kejut...

apa yang lebih memalukan apabila penceramah dan isterinya lalu dihadapan bilik peserta lelaki dan ternampak kami sedang mengejutkan peserta lelaki...

akak tu suruh Iz pergi layan penceramah dan isterinya sambil-sambil tengok peserta perempuan semua dah sarapan ke belum...
ada juga yang tidak mahu sarapan setelah dipujuk beberapa kali...
disitu pun iz dah terasa...bukan nak paksa cuma takut nanti perut masuk angin...

setelah selesai penceramah dan isteri makan, barulah Iz dan akak tu boleh makan..tapi cuma Iz seorang sahaja yang makan..itu pun sekadar alas perut...

pagi tu kami dah mengalirkan airmata..
sebabnya terasa dengan apa yang mereka lakukan...
hanya kami berdua sahaja yang tahu...

selepas itu kami pergi ke dalam dewan untuk majlis penutup...
time tu la waktu yang paling sedih...
tak tahu kenapa...
semasa kami menjemput seorang abang itu untuk memberi ucapan penutup, apa yang paling Iz terasa apabila dia tak mention langsung nama Iz sebagai pengarah program...Iz tak minta dia sebut tapi sekurang-kurangnya hargailah...

majlis itu tamat dalam tengah hari...
peserta semua diberi masa untuk makan dan kemas barang..
kami berdua hanya mampu menangis dan menyusun kembali meja-meja yang berselerak..tak siapa pun tahu kami berada di dalam bilik itu..
kami berulang-alik angkat barang ke tempat asrama...

setelah itu, kami pun pergi ke dewan makan untuk menjamu selera..
apa yang paling terharu sekali isteri penceramah itu yang menegur kami dan bertanya kami dah makan ke belum...
mereka telah selesai makan dan ingin pulang...
sebelum tu, kami sempat berpeluk dengan isteri penceramah itu...
mengalir sekali lagi airmata...
cuma dia yang memahami apa yang kami rasakan...

ni Iz sertakan sedikit gambar di semuji..








Ramadhan tahun 2015

assalammualaikum...

sudah lama Iz tidak menulis dalam blog ini...
hari ini sudah masuk hari ke 18 ramadhan...
begitu cepat masa berlalu...
terasa baru saja berpuasa..

tahun ini sekali lagi Iz dapat menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga kerana cuti semester...
alhamdulillah...

apa yang bezanya, kalau tahun lepas, Iz kerja..
tahun ni tak kerja..
kerja pun sekejap je..
ganti cikgu tadika bawa budak pergi latih sukan...
alhamdulillah..
masih diberi kesempatan untuk menimba ilmu dan juga pengalaman menjadi seorang guru tadika...

selain itu, Iz juga belajar memasak daripada mak...
alhamdulillah, banyak juga yang Iz dah boleh buat sendiri...
harap-harap dapat belajar lagi lepas ini...

Monday 29 September 2014

kesan semester lepas

assalammualaikum...

alhamdulillah sudah mula kuliah untuk semester baru iaitu semester tiga...
masih ada perjuangan yang perlu Iz teruskan lagi...
hmmm...
betul ke apa yang Iz fikirkan ni?

kenapa Iz rasa kawan2 yang pernah sma2 dengan Iz macam dah tak nak kawan dengan Iz lagi???

apa yang Iz dah lakukan pada mereka semua???
mungkin sebab semester lepas kot...

apa yang lebih ketara lagi bila nak kena buat group discussion...
kalau kena pilih sendiri memang Iz rasa mereka takkan pilih Iz...
kalau lecturer yang tentukan Iz mungkin akan rasa okey lagi...
Iz nak ucapkan terima kasih sebab masih ada yang sudi ajak Iz join group diorang...
Iz tahu susah nak discuss sebab ada yang duduk dalam n ada yang duduk luar...

baru pagi tadi Iz tengok fecebook...
kitaorang kena edit nama kt group class untuk group management accounting...
Iz tengok satu persatu...
2 kumpulan yang bila Iz tengok memang rasa macam nak nangis...
kena diorang boleh satu group?
kenapa tak pelawa Iz jugak..?

tak pe la...
Iz tak salahkan sapa2 pun...
mesti ada hikmah disebalik apa yang berlaku...

Iz bersyukur masih ada kawan yang satu koperasi dengan Iz...
yang sanggup nak berkawan dengan Iz...

kuatkan diri Iz...
tumpukan pada yang hendak dicapai...
ingat tu Iz...
betulkan niat balik...

Wednesday 3 September 2014

patutkah dia buat macam tu?

assalammualaikum...

alhamdulillah Iz selamat sampai dibumi terengganu pada 30.8.2014 yang lalu..
Iz asa baru kali ni Iz rasa sakit yang paling teruk...
mana taknya berhari-hari Iz rasa sakit kepala yang teramat sangat..puncanya mungkin sebab lambat makan dan mungkin juga sebab jalannya yang bengkang-bengkok dan membuatkan seseorang itu akan berasa pening kalau tak tahan...

tapi Iz terpaksa juga bertahan sebab nak kena handle jualan untuk kemasukan pelajar baru dan juga nak jaga kedai kshop tu..

tapi bukan sebab ni yang Iz nak luahkan...

Iz tahu korang suruh kami yang cuti 3 bulan ni balik awal sebab nak handle jualan tu dengan jaga kedai tu...
ok Iz tak kisah pun...
gaji pun kalau korang nak bahagi 4 pun Iz xkisah pun...
sebab yang penting keselamatan kami semua...
kami cuma 4 orang saja..
diasrama pun cuma kami 4 orang je..
fikirlah sikit...
takkan nak tinggal dua orang atau sorang kat asrama ni??

cuba awak fikir...
kalau awak ajak seorang member kami keluar...yang mana dia dengan roomate dia baru habis jaga kshop...
lepas tu roomate dia awak tinggalkan..
bahaya awak tahu tak kalau duduk sorang-sorang dekat asrama ni..
dengan orang tak dak...

sebenarnya bukan baru Iz tengok benda ni...
dia seolah-olah macam tak fikir keselamatan seorang perempuan...
Iz biasa kena, Iz tahu macam mana...
tapi nasib la asrama dulu dekat sikit...
tak kisah lah kalau tak nak hantar walaupun time tu dah pukul 12 tgh mlm...

Iz memang akan diam je...
sebab member yang dia ajak keluar tu member Iz..
Iz pun tak sampai hati nak cakap sebab member sendiri..
semalam keluar g mkn pizza...kalau Iz tak silap la...
sebab dia baru post gmbr tu smlm...

bkn main sedap lagi depa g makan...
yang kami 3 orang lagi dok tercegat kat lam kshop tu...
dah la dengan org tak dak...
 tu nasib baik la 3 orang jaga...
kalau Iz sorg mmg Iz akan cuba buka mulut untuk luahkan apa yang terpendam selama ni..

kalau sem lepas Iz sendiri yang terkena...
diorang punya seronok keluar yang kshop ni tak fikir pula...
sepatutnya Iz jaga kshop tu ngn member Iz..
tapi tunggu punya tunggu sampai pukul brp bru depa balik...
Iz memang sakit hati dah..
tapi bila ingt dia tu member Iz, Iz xluahkan apa yang Iz rasa...

xtahu la apa yang patut Iz buat...

Thursday 28 August 2014

teka teki...

teka-teki

1) sebuah kapal dagang jepun baru memasukki lautan pasifik.          Kapten kapal yang keletihan mengambil kesempatan untuk mandi      bagi menyegarkan badan. Selesai mandi dan pakai uniform dia      sedar cincin, gelang emas dan jam rolexnya yang semuanya          bernilai 50,000 yen telah hilang dari atas mejanya semasa dia    mandi tadi.

   Dengan segera dia panggil 5 kru kapal yang disyaki mencuri        barang kemasnya. Kapten menyoal setiap seorang kru apa yang      dia sedang lakukan dalam tempoh 30 minit yang lalu.

   Tukang masak Filipina : ( sambil memakai kot tebal )
   "saya berada dalam bilik ais mengambil daging untuk dimasak"

   Jurutera Australia : ( sambil memegang lampu suluh )
   "saya sedang memeriksa enjin kapal dibilik bawah dek"

   Laskar India :
   "saya berada diatas tiang membetulkan bendera yang dipasang       terbalik"

   Pegawai British :
   "saya sedang menghubungi pelabuhan memaklumkan pergerakkan         kita"

   Pegawai Jerman :
   "saya sedang tidur di bilik saya kerana malam tadi saya tidur     lewat habis kerja"

   Kapten telah dapat tangkap pencurinya! Siapakah pencurinya dan    macam mana kapten tahu dia berbohong?

   Jawapan : Laskar India sebab kalau korang tengok bendera jepun              kalau kita terbalikkan ia tetap sama..

2)                      
   Berapa berat setiap haiwan tersebut?
   Jawapan : 27 (arnab : 3kg, anjing : 17 kg, kucing : 7 kg )



?
T
T
F
F
S
S
E
N
T
E
T
T
F
F
S
S
E
N
T

What is ?

Jawapan : O

O
One
T
Two
T
Three
F
Four
F
Five
S
Six
S
Seven
E
Eight
N
Nine
T
Ten
E
Eleven
T
Twelve
T
Thirteen
F
Fourteen
F
Fifteen
S
Sixteen
S
Seventeen
E
Eighteen
N
Nineteen
T
Twenty

4) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
   share when you find the mitsake..

   Jawapan : mitsake - mistake


5) study the figure above. What is the missing number?
   Answer : 30 sebab ikut segi tiga yang menghadap kebawah...

6) What is the missing number?
   Answer : 6 (divide 2 maksudnya sebelah kiri dan sebelah kanan)


7) Kereta itu parking atas lot nombor berapa?
   Jawapan : 87 (tengok terbalik ye)

8) Ketika umurku 20 tahun, umur adikku separuh dari umurku..
   Nah ketika umurku sudah 50 tahun, maka berapakah umur adikku?

   Cuba teka dalam masa 20 saat.
   Lebih 70% bagi jawapan salah.

   Jawapan : 40 tahun (tambah je lagi 30 tahun..betul x? hehe)

9) Mary's father has 5 daughters. First is Nana, second is Nene,    third is Nini and forth is Nuno. What is the name of his fifth    daughter?
   
   NOMO NUNI NENO NINO NENA NONO NONE NUNU
   
   Answer : Mary

10) Norway, a man was found dead and suspected to be a victim of     murder in his house in May 1st 2013.
    Based on police investigation,they obtained various answers       from the suspects on where are they during the time of the       murder which was 3 hours before the body was found.

    The body was found at 12pm
    Here is what the people are doing :

    Gardener - resting in the garden
    Maid - Cleaning the attic
    son - out with friend
    daughter - sleeping in her room
    wife - working

    The people who murdered the man then founded easily by the       investigator. Who is the murder?

    Jawapan : wife sebab 1st may kan hari pekerja..semua cuti.

11) I am first on Earth,second in Heaven & I appear twice in a       week, you can only see me once in a year although I am in the     middle of the sea...
WHAT AM I?

    Answer : E

12) Answer : katak tu lah muka kuda..mata katak tu hidung kuda..

13) Sherlock,a detective who was mere days from cracking an           international smuggling ring has suddenly gone missing. While     inspecting his last-known location, you find a note :
    710 57735 34 5508 51 7718

    Currently there are three suspects : Bill, John and Todd. Can     you break the detective's code and find the criminal's name?

    Answer : Bill (Bill is boss he sells oil)terbalikkan je..

14) You are driving a bus. Six people get on,two people get off.     Then ten people get on and four people get off. What colour       were the bus driver's eyes? 

    Answer : ikut warna mata korang sebab korang yang jadi driver              bus tu...

15)Kering sangat dijilat-jilat untuk ia basah,bila dah basah baru    kena cucuk..apakah ia?

   Jawapan : benang

Friday 13 June 2014

kenapa jadi macam ni??

assalammualaikum...

Ya Allah...
kenapa jadi macam ni??
kenapa perangai semua macam ni???

Iz tahu...
Iz pun bukannya elok sangat pun perangai...
kenapa family Iz tak boleh nak hidup bahagia macam family orang lain???
kenapa semuanya angin je???
dimana silapnya??

Iz sebenarnya nak sangat sebuah family yang bahagia...
tak dak pergaduhan...
kalau ada pun mungkin sekali sekala...
tak selalu...

Iz sedih sebenarnya...
semuanya kepala angin...
tu tak kena, nak marah-marah...
suruh tu, bila tak buat nak marah...
Iz tahu...
semua tu untuk kebaikan..
Iz pun kadang-kadang tak buat jugak...

bila Iz dok jauh,
rasa nak balik rumah..
sebab rindu suasana kat rumah..
tapi...
bila balik rumah,
macam-macam tak kena...
tu tarik muka..
ni perangai macam entahlah..

Iz tak dak niat pun nak burukkan family Iz kat semua...
Iz cuma sedih je...
tak boleh nak hidup bahagian macam orang lain...

Tuesday 10 June 2014

tidak boleh mengelak daripada dia...

assalammualaikum..
Iz nak citer pasal sebelum Iz balik rumah...
kita mulakan yer.... :-)

cerita bermula di kiosk UniSZA...
tempat Iz jaga tu la...

Iz sebenarnya nak mengelak diri daripada jumpa dengan abg XXX...
sebelum ni kalau Iz ada terasa hati dengan dia Iz akan pendam kan je...biar je ia berlalu...

tapi ada la satu hari tu...
hari jumaat kalau xsilap...
Iz xthu yang memang tak ada orang yang baiki peti air kat kiosk tu... seriously...

dia cakap dia call abg tu dan abg tu cakap tak boleh datang sebab sibuk... Iz ingat betul la...
Iz pun bagi la kat dia RM 100...

lepas tu abg tu perasan sebab Iz ada tulis kat kertas...
dia tanya Iz sapa dia orang tu...
Iz pun pelik la...
haritu orang tu dah call...
tak kan lupa kot...

lepas tu abg tu cakap tak dak pun orang tu call...
abg tu cakap ni memang dah kena tipu...
Iz memang nak nangis dah masa tu...
tapi cuba tahan...
ok yang tu tak pa la..
mungkin Iz salah juga...

lepas tu pasal topup...
ada member Iz tanya...
kenapa tak bagithu kata topup habis???
sebab diorang keluar tadi...
Iz cakap la Iz dah mesej abg tu 2 kali...
tapi dia langsung tak reply...
abg tu cakap marah2 bila Iz hantar...
sekali dia check memang betul Iz ada mesej dia...

lepas tutup kiosk tu, Iz terus balik...
tak tunggu diorang dah...
sebab Iz memang nak nangis time tu...

esok tu Iz memang dah nekad taknak jumpa dia lagi...
memang Iz buat sungguh tapi sekejap je...
Iz ada bagithu diorang Iz taknak jumpa abg tu...
kalau abg tu nak datang kiosk memang Iz nak lari...

tapi disebabkan Iz yang tutup kiosk tu...
Iz kena jugak berurusan dengan abg tu...
sehari tu memang Iz tak tengok muka dia langsung..

ada satu hari tu memang Iz xpandang muka dia langsung...kalau tengok pun time dia dok sibuk dengan supplier...
ada kakak kat kedai tu cakap...
abg tu tny kenapa Iz lain...
tak macam dlu...

dalam fikiran Iz betul ke dia perasan perubahan Iz???
ermm...xpe la..

time hari Iz nak balik, malam sebelum tu Iz terfikir...
takkan lah nak elakkan diri macam tu je...
macam tak manis pulak...
Iz pula nak balik Kedah...
malam tu Iz cakap dengan dia, Iz ada minta nak jumpa dia kejap...
Iz paham kalau xsempat sebab dia ada exam petang tu...
tapi mujur lah jumpa jugak...
tapi Iz terkedu nak minta maaf dengan dia...

petang tu lepas Iz balik bilik, Iz text dia cakap sorry pasal yang peti air tu...
dia balas xpala benda dah lepas...
Iz cakap lagi..
da perasan tak perubahan Iz..
dia macam buat-buat tak tahu..
Iz pun citer la panjang lebar mesej tu...
tapi takdak responds pada dia...

malam tu time tengah tggu bas, dia lalu depan Iz..
sebab dia nak hantar member Iz ke stesen bas..
Iz berhenti kereta mungkin sebab member Iz tu nak jumpa kami...
dia pun turun jugak...

dia tegur Iz dulu...
Iz pun cakap la...
cuma Iz nak cakap terima kasih lah sebab tegur Iz...

Iz memang banyak kali terasa dengan dia...
tapi tak pa lah...
adat bekerja bawah orang...
Iz terima je la..
walaupun kadang-kadang tu Iz terasa sedikit menyesal sebab merayu kat dia suruh hantar Iz balik lepas tutup kiosk tu sebab Iz takut..
akhirnya Iz terpaksalah balik sorang2...

tak pe la...
dengan Iz abg tu taknak buat apa yang Iz suruh...
kalau dgn orang lain boleh pulak...
Iz tak salahkan abang...
abang berhak membuat keputusan...

ok lah..
sampai sini dulu Iz coretkan ye...
nanti2 Iz sambung lain yer...
bubye...